Demo lagi.. ish3

Advertisements

Artikel Yang Baru

Ini adalah sebuah artikel yang baru. Artikel ini baru dimasukkan hari ini. Hari ini saya memasukkan artikel yang baru ini.

Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam.

Himpunan Sejuta Umat

Ayuh kita hadir beramai-ramai ke Stadium Shah Alam pada hari Sabtu ini (22 Oktober 2011)! Cabaran terhadap aqidah dan pemikiran umat pada hari ini merupakan ancaman terbesar dan berlaku dengan cukup giat. Mudah-mudahan program ini akan dapat menjadi pencetus kepada solidariti umat atas manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah, serta memangkin gerak kerja yang lebih bersemangat dan agresif bagi mempertahan dan menjaga aqidah umat daripada dihina dan diperlekehkan oleh musuh-musuh umat ini.

Nota penting: Ini bukan program partik politik. Sedih kerana masih ada di kalangan ahli politik yang sudah terlalu buta dan bebal sehingga program seperti ini pun ditimbang tara dan dinilai menggunakan neraca dan kaca mata politik.

The Prophet’s Relic

Subhanallah! Alhamdulillah! Laailaahaillallah! Allahuakbar!

Tidak hairanlah baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam begitu merindui untuk bertemu dengan umat baginda di akhir zaman ini; kerana sesungguhnya umat baginda juga merindui baginda dengan sepenuh hati. Alangkah indahnya seandainya seluruh umat Islam di seluruh dunia mempunyai rasa cinta kepada baginda sepertimana umat baginda di Chechnya ini. Aduh, andai diri ini berpeluang walau untuk menyentuh dengan hujung jari cawan yang pernah digunakan oleh baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, akan terangkatlah segala masalah dan kesedihan diri ini.

I love you Chechen people!

Apakah Sebenarnya Yang Diperjuangkan?

Saya cukup terkilan membaca kenyataan salah seorang pemimpin politik daripada salah sebuah parti politik di negara ini yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi mengeluarkan kenyataan yang ternyata bercanggah dengan nilai-nilai dan adab yang diajar dalam Islam. Bukan kali pertama, tetapi entah sudah berapa kali Dato’ Seri Mufti Perak, Dato’ Seri Dr. Harussani Zakaria dihentam dan dikutuk secara terbuka, hanya semata-mata kerana Continue reading