Himpunan Sejuta Umat

Ayuh kita hadir beramai-ramai ke Stadium Shah Alam pada hari Sabtu ini (22 Oktober 2011)! Cabaran terhadap aqidah dan pemikiran umat pada hari ini merupakan ancaman terbesar dan berlaku dengan cukup giat. Mudah-mudahan program ini akan dapat menjadi pencetus kepada solidariti umat atas manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah, serta memangkin gerak kerja yang lebih bersemangat dan agresif bagi mempertahan dan menjaga aqidah umat daripada dihina dan diperlekehkan oleh musuh-musuh umat ini.

Nota penting: Ini bukan program partik politik. Sedih kerana masih ada di kalangan ahli politik yang sudah terlalu buta dan bebal sehingga program seperti ini pun ditimbang tara dan dinilai menggunakan neraca dan kaca mata politik.

Advertisements

Apakah Sebenarnya Yang Diperjuangkan?

Saya cukup terkilan membaca kenyataan salah seorang pemimpin politik daripada salah sebuah parti politik di negara ini yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi mengeluarkan kenyataan yang ternyata bercanggah dengan nilai-nilai dan adab yang diajar dalam Islam. Bukan kali pertama, tetapi entah sudah berapa kali Dato’ Seri Mufti Perak, Dato’ Seri Dr. Harussani Zakaria dihentam dan dikutuk secara terbuka, hanya semata-mata kerana Continue reading

Memanjangkan Sesi Persekolahan Bukan Penyelesaian

Kejadian tragis yang menimpa adik Nurin Jazlin (semoga Allah merahmati rohnya) menggemparkan seluruh negara, dan perkara sangat penting yang sekarang sedang berlegar-legar di minda seluruh rakyat dan pemimpin negara adalah tentang tahap keselamatan di negara ini. Negara yang kita war-warkan sebagai negara aman dan makmur ini kini seolah-olah menjadi semakin tidak selamat. Keadaan ini dirasakan bukan kerana kes Nurin Jazlin seorang, tetapi Continue reading

Beri Sokongan, Bukan Hukuman

Hati ibubapa mana yang tidak pilu apabila anak kecil kesayangan mereka setelah hilang selama hampir sebulan, akhirnya ditemui meninggal dalam keadaan yang tragis. Seluruh rakyat Malaysiaberkongsi rasa kesedihan keluarga En. Jazimin dan Puan Norazian dan menggesa pihak berkuasa supaya segera menangkap pembunuh Nurin Jazlin dan mengenakan tindakan yang setimpal terhadapnya. Sememangnya kita semua merasa sangat marah dan kecewa bagaimana seorang penjenayah seperti itu boleh wujud di negara kita ini yang sudah 50 tahun mencapai kemerdekaan. Apalah ertinya Continue reading

Nurin Jazlin Jazimin: Victim of A Failing System

The tragic death of 8 year old Nurin Jazlin Jazimin has caught the attention of the whole nation. The brutal murder of the child to Jazimin Abdul Jalil and Norazian Bistaman has raised lots of questions. What kind of beast did such a thing to poor young Nurin? Why do we have such an inhuman, cruel, violent, sadistic person here inMalaysia? This Nurin case, one of many others, has perhaps made many feel that  Continue reading

Kemerdekaan Perlu Diisi

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Pantun pusaka yang didendangkan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy semasa kongres Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di Melaka pada Disember 1946 tersebut membayangkan satu seruan untuk membangkitkan semangat juang dan jiwa merdeka di kalangan generasi muda. Kini, sudah genap 50 tahun negara mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British. Namun, Continue reading