The Prophet’s Relic

Subhanallah! Alhamdulillah! Laailaahaillallah! Allahuakbar!

Tidak hairanlah baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam begitu merindui untuk bertemu dengan umat baginda di akhir zaman ini; kerana sesungguhnya umat baginda juga merindui baginda dengan sepenuh hati. Alangkah indahnya seandainya seluruh umat Islam di seluruh dunia mempunyai rasa cinta kepada baginda sepertimana umat baginda di Chechnya ini. Aduh, andai diri ini berpeluang walau untuk menyentuh dengan hujung jari cawan yang pernah digunakan oleh baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, akan terangkatlah segala masalah dan kesedihan diri ini.

I love you Chechen people!

Doa Elak Kemudharatan

"Dengan nama Allah yang tidak memudharatkan bersama namaNya sesuatu pun di langit dan bumi dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud: “Sesiapa yang membacanya ketika pagi sebanyak 3 kali dan petang sebanyak 3 kali, tidak akan dimudharatkan oleh sesuatu pun.

Dipetik daripada kitab karangan Al-‘Allamah Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki al-Hasani.

AUTORITI HARUS DIIKTIRAF DAN DIHORMATI

Proses sekularisasi yang menyerang dunia Kristian dengan hebatnya semenjak beberapa abad yang lalu telah menyebabkan agama Kristian pada hari ini begitu terasing dengan prinsip-prinsip serta nilai-nilai yang asal sepertimana yang terkandung dalam kitab Injil yang asal yang dibawa oleh Nabi Isa ‘alayhi-`l-salam. Pengaruh falsafah Yunani telah menyebabkan manusia begitu mengagungkan pemikiran pada ketika itu, sehingga menyebabkan agama Kristian menjadi mangsa apabila agama tersebut Continue reading

Maulidurrasul: Selayaknya Diadakan Demi Rasulullah!

Persoalan tentang sambutan Maulid Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam ternyata belum selesai. Masih ada suara-suara yang mempersoalkan pihak yang giat mengadakan program sambutan Maulidurrasul. Paling kurang menyenangkan adalah apabila ada yang mengatakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam itu sama sahaja seperti kita sebelum baginda diangkat … Continue reading

Pelajar Islam Sarawak: Antara Kehidupan dan Perjuangan

** DEDIKASI ISTIMEWA BUAT ADIK-ADIK PERKEPIS DAN ABM… ARTIKEL INI TELAH DISAMPAIKAN SEMASA USRAH UMUM PERKEPIS PADA 23 OKTOBER 2007 KEPADA SEGELINTIR KECIL AHLI USRAH YANG HADIR…

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Dengan nama Allah, Tuhan Pentadbir tujuh petala langit, Pentadbir tujuh petala bumi dan Tuhan Pentadbir ‘Arasy yang agung. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad, pembuka bagi sesuatu yang terkunci, penyudah segala nabi yang terdahulu, pembela kebenaran dengan kebenaran dan petunjuk ke jalan-Mu yang lurus. Limpahkanlah juga rahmat ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya dengan kurniaan yang layak dengan kadar dan darjatnya yang agung.

Muqaddimah

Negeri Sarawak boleh dikatakan sebagai negeri yang paling unik di Malaysia. Dengan komposisi penduduk beragama Islam yang hanya sebanyak 30% (lebih kurang), dan berlatarbelakangkan iklim politik dan sosio-ekonomi yang sedikit berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia, tidak hairanlah kalau negeri Sarawak sering dijolokkan sebagai Continue reading

There Is No Compulsion in Religion

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Allah Almighty said in the Glorious Qur’an, meaning:
There is no compulsion in religion. Verily, the Right Path has become distinct from the wrong path. Whoever disbelieves in Tāghut and believes in Allah, then he has grasped the most trustworthy handhold that will never break. And Allah is All-Hearer, All-Knower.” (Chapter 2, Al-Baqarah: Verse 256)

The verse above was Continue reading

Erti Syukur

Kuliah Dr. Mohd. Farid Shahran memang jarang mengecewakan. Pengisian yang disampaikannya, walaupun dengan nada biasa tanpa banyak “lenggang-lenggok” seorang pemidato, pasti mampu memuaskan tuntutan setiap diri yang mendambakan ilmu. Kuliah Zuhur pada 17 September 2007 yang disampaikannya telah menghuraikan konsep Syukur dengan amat baik. Huraian seperti inilah, mungkin, yang sangat perlu didengari dan difahami oleh Continue reading

Sedekah

Dari Abū Hurayrah radiyallahu ‘anh katanya: Telah bersabda Rasūlullāh sallallahu ‘alayhi wa sallam: Tiap-tiap anggota daripada manusia sadaqah atasnya pada tiap-tiap hari yang terbit padanya matahari. Engkau berlaku adil antara dua orang – yang berbalah – adalah menjadi sadaqah, dan … Continue reading

Amalan Bulan Rejab

Di antara doa yang digalakkan dibaca pada bulan Rejab ialah doa yang diriwayatkan daripada Anas radhiyallahu ‘anh, bahawa apabila menjelang bulan Rejab, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam berdoa:

“Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan”

Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam al-Syu’ab (3/37/3810) dan Ibnu Abi al-Dunya di dalam Mujab al-Da’wah.

Penulis mengambil hadith ini daripada Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaluddin al-Maliki.