Apakah Sebenarnya Yang Diperjuangkan?

Saya cukup terkilan membaca kenyataan salah seorang pemimpin politik daripada salah sebuah parti politik di negara ini yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi mengeluarkan kenyataan yang ternyata bercanggah dengan nilai-nilai dan adab yang diajar dalam Islam. Bukan kali pertama, tetapi entah sudah berapa kali Dato’ Seri Mufti Perak, Dato’ Seri Dr. Harussani Zakaria dihentam dan dikutuk secara terbuka, hanya semata-mata kerana Continue reading

Doa Elak Kemudharatan

"Dengan nama Allah yang tidak memudharatkan bersama namaNya sesuatu pun di langit dan bumi dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud: “Sesiapa yang membacanya ketika pagi sebanyak 3 kali dan petang sebanyak 3 kali, tidak akan dimudharatkan oleh sesuatu pun.

Dipetik daripada kitab karangan Al-‘Allamah Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki al-Hasani.

Pelajar Islam Sarawak: Antara Kehidupan dan Perjuangan

** DEDIKASI ISTIMEWA BUAT ADIK-ADIK PERKEPIS DAN ABM… ARTIKEL INI TELAH DISAMPAIKAN SEMASA USRAH UMUM PERKEPIS PADA 23 OKTOBER 2007 KEPADA SEGELINTIR KECIL AHLI USRAH YANG HADIR…

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Dengan nama Allah, Tuhan Pentadbir tujuh petala langit, Pentadbir tujuh petala bumi dan Tuhan Pentadbir ‘Arasy yang agung. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad, pembuka bagi sesuatu yang terkunci, penyudah segala nabi yang terdahulu, pembela kebenaran dengan kebenaran dan petunjuk ke jalan-Mu yang lurus. Limpahkanlah juga rahmat ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya dengan kurniaan yang layak dengan kadar dan darjatnya yang agung.

Muqaddimah

Negeri Sarawak boleh dikatakan sebagai negeri yang paling unik di Malaysia. Dengan komposisi penduduk beragama Islam yang hanya sebanyak 30% (lebih kurang), dan berlatarbelakangkan iklim politik dan sosio-ekonomi yang sedikit berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia, tidak hairanlah kalau negeri Sarawak sering dijolokkan sebagai Continue reading

Erti Syukur

Kuliah Dr. Mohd. Farid Shahran memang jarang mengecewakan. Pengisian yang disampaikannya, walaupun dengan nada biasa tanpa banyak “lenggang-lenggok” seorang pemidato, pasti mampu memuaskan tuntutan setiap diri yang mendambakan ilmu. Kuliah Zuhur pada 17 September 2007 yang disampaikannya telah menghuraikan konsep Syukur dengan amat baik. Huraian seperti inilah, mungkin, yang sangat perlu didengari dan difahami oleh Continue reading

Sedekah

Dari Abū Hurayrah radiyallahu ‘anh katanya: Telah bersabda Rasūlullāh sallallahu ‘alayhi wa sallam: Tiap-tiap anggota daripada manusia sadaqah atasnya pada tiap-tiap hari yang terbit padanya matahari. Engkau berlaku adil antara dua orang – yang berbalah – adalah menjadi sadaqah, dan … Continue reading

Amalan Bulan Rejab

Di antara doa yang digalakkan dibaca pada bulan Rejab ialah doa yang diriwayatkan daripada Anas radhiyallahu ‘anh, bahawa apabila menjelang bulan Rejab, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam berdoa:

“Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan”

Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam al-Syu’ab (3/37/3810) dan Ibnu Abi al-Dunya di dalam Mujab al-Da’wah.

Penulis mengambil hadith ini daripada Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaluddin al-Maliki.