The Prophet’s Relic

Subhanallah! Alhamdulillah! Laailaahaillallah! Allahuakbar!

Tidak hairanlah baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam begitu merindui untuk bertemu dengan umat baginda di akhir zaman ini; kerana sesungguhnya umat baginda juga merindui baginda dengan sepenuh hati. Alangkah indahnya seandainya seluruh umat Islam di seluruh dunia mempunyai rasa cinta kepada baginda sepertimana umat baginda di Chechnya ini. Aduh, andai diri ini berpeluang walau untuk menyentuh dengan hujung jari cawan yang pernah digunakan oleh baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, akan terangkatlah segala masalah dan kesedihan diri ini.

I love you Chechen people!

Advertisements

Doa Elak Kemudharatan

"Dengan nama Allah yang tidak memudharatkan bersama namaNya sesuatu pun di langit dan bumi dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud: “Sesiapa yang membacanya ketika pagi sebanyak 3 kali dan petang sebanyak 3 kali, tidak akan dimudharatkan oleh sesuatu pun.

Dipetik daripada kitab karangan Al-‘Allamah Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki al-Hasani.