Majlis Penyerahan Sijil Pelawaan Penubuhan Kolej Universiti As-Sofa

Selasa, 27 September 2011 – Dengan Rahmat Allah Subhanahu wa ta’ala, Majlis Penyerahan Sijil Pelawaan Penubuhan Kolej Universiti As-Sofa telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh gilang gemilang di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan. Penyerahan Sijil Pelawaan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamad Khalid Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi yang telah menyerahkan replika Sijil Pelawaan tersebut kepada Yang Berbahagia Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki selaku Pengerusi Gerbang As-Sofa Sdn. Bhd. sambil disaksikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis itu dan berkenan mengizinkan penggunaan Istana Seri Menanti. Turut menyaksikan adalah Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan.

Menurut YAB Menteri Besar dan YB Menteri Pengajian Tinggi, inilah julung kalinya penubuhan sebuah universiti atau kolej universiti dimulakan dari dalam istana. Sesungguhnya sokongan yang diberikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sudah tentu melambangkan kepercayaan dan harapan besar yang diberikan kepada Gerbang As-Sofa Sdn. Bhd. dan Yayasan Sofa Negeri Sembilan itu sendiri di bawah pimpinan Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki untuk terus menerajui usaha mengembangkan tradisi ilmu Islam.

Dengan sokongan yang jitu daripada semua pihak, sama ada berbentuk material mahupun moral, adalah diharapkan penubuhan Kolej Universiti As-Sofa akan dapat menjadi nadi kepada perkembangan ilmu yang berteraskan metodologi Ahli Sunnah wal Jamaah yang murni, yang seterusnya akan menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan umat secara menyeluruh.

Penyampaian Sijil Pelawaan Penubuhan KUASA oleh Menteri Pengajian Tinggi kepada Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki disaksikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki menyampaikan ucapan sambil diperhatikan oleh DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir

Dari kiri; YB Dato' Seri Mohamad Khalid Nordin, DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, YAB Dato' Seri Hj. Mohamad Hj. Hasan, Prof. Dr. Rujhan, Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki

DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mempersilakan Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki ke Banquet Hall untuk sesi sidang akhbar

Sesi Sidang Akhbar untuk Majlis Penyerahan Sijil Pelawaan Penubuhan KUASA

YAB Menteri Besar sedang membincangkan sesuatu dengan Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki dan Dato' Yahya A. Jalil sambil diperhatikan Dr. Yusri Bin Dato' Mohamad

Barisan penggerak dan petugas Gerbang As-Sofa Sdn. Bhd. dan Yayasan Sofa Negeri Sembilan bersama Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki

Sumber: Laman Web Rasmi Yayasan Sofa

Advertisements

2 thoughts on “Majlis Penyerahan Sijil Pelawaan Penubuhan Kolej Universiti As-Sofa

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s